Thursday, 11 May 2017

ISU G-SHOCK: ADAKAH JAM G-SHOCK MADE IN CHINA TIDAK ORIGINAL? JOM BACA!


Isu original atau tidak, ia sentiasa menjadi perbualan dan pedebatan antara peminat jam g-shock. Dari dulu, hingga hari ini, mereka akan tertanya-tanya tentang hal ini. Kenapa ini berlaku? Salah satu sebab adalah "G-SHOCK SEMAKIN RAMAI PEMINAT". Ya..itu salah satu sebab. Peminat yang baru masuk ke alam g-shock ini biasanya mereka yang tidak tahu ape2 tentang g-shock. Mereka rasa ingin memiliki g-shock mungkin di sebab kan oleh dorongan kawan mereka atau terikut dengan artis pujaan mereka. Itu mungkin salah satu sebab yang KUKUH yang terjadi hari ini.


Namun, selepas isu ORIGINAL atau TIDAK reda, datang lagi isu baru iaitu isu " MADE IN". 

Adakah made in CHINA itu tidak ORIGINAL?
Adakah jam made in JAPAN sahaja original?
Bagaimana pula dengan made in THAILAND?


Di bawah ada satu nota untuk panduan mereka yang baru. Anda boleh rujuk nota di bawah untuk kefahaman tentang isu " MADE IN " . 

Selamat membaca! :-)



Assalam dan selamat sejahtera..repost..Hi Kawan-kawan GSFC,para newbies dan seller disini admin nk kongsikn sedikit info mengenai Gshock: Pertama sekali kita kena faham bahawa Casio mempunyai 3 kilang produksi di Jepun, Thailand & China. Setiap kilang mempunyai fungsi yang sama dalam semua pembuatan jam Casio, tetapi dibahagikan pada 3 aras. Pertama jikalau model yang dikeluarkan seperti model ekslusif seperti model Frogman, MR-G, MT-G, Protrek MANASLU, Oceanus dan model-model khas DW-6900, semua model diletak sebagai model aras 1, model yang paling tinggi dari segi pembuatan, pemilihan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan dengan prinsip 1 jam 1 pembuat, maka kesemuanya termasuk aksesori (tali, buckle, butang dan lain-lain) dibuat sepenuhnya kat Jepun. Contohnya sekiranya bahagian belakang jam di tempa perkataan Japan Y, Japan K atapun Japan P dan buckle juga Japan maksudnya 100% Made In Japan.

Untuk aras 2 ialah untuk kilang Thailand yang khusus dalam pembuatan model pertengahan seperti model model Master of G, contoh Riseman dan Rangeman dan juga model Protrek yang lain seperti model PRG-110,130,240,260,270 dan juga PRW-3000. Kalau model ini buatan Thailand tapi buckle Jepun maksudnya buckle ini khas untuk model tersebut. Contohnya Protrek PRG-110Y, buatan Thailand tapi buckle Japan maksudnya, kilang Thailand akan import masuk tali khas ini dari Casio Jepun, sekiranya model yang biasa maka jam dan tali juga akan datang dari kilang yang sama.

Akhir sekali aras 3 iaitu untuk model 'entry' ataupun model yang murah dan popular seperti model DW-6900/DW-5600 standard akan dibuat di China sebab kos pembuatan murah dan tidak perlu banyak kepakaran teknikal. Disamping itu kilang China juga terlibat dalam pengeluaran model yang popular seperti model GA-110 dimana hampir 90% model ini datang dari kilang China. Akhir kata, itu hanya pendapat umum saja tentang kualiti Jepun adalah terbaik, tapi itu bukan bermaksud kilang kat Jepun tiada masalah kualiti, pun ada juga. Selagi Casio masih mengekalkan tahap kualiti dalam keadaan terkawal, ini tidak menjadi isu besar di mana jam itu dibuat.tidak semestinya buckle or back case xde cop japan jam tu xori... Just share sahaja.

COPY FROM: G-SHOCK FAN PAGE
( Nota ini di copy dari group tersebut. Ia bukan tulisan saya. Saya hanya sampai kan kepada anda)

21 comments:

  1. dapatkan jam G-Shock original di https://7redmango.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk tnya sy beli jam harga rm588 tpi tali dia thailand jam japan ori ke?

      Delete
    2. Cara bedakan ori dan tak original

      Delete
  2. Baru saya tahu hal ni haha.. thanks information

    ReplyDelete
  3. Teringin Nak Jadi saller G shock.. Tp x thu diorang dpt mn.. Klo boleh share la rezeki.. Insyallah rezeki tuan akn bertambah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba dgn jual 1 jam dulu. Beli dulu yang original pada harga promosi skrg..then boleh cuba jual :-)

      Delete
  4. Maaf ye nk tau orignal kena buka 4 sekru yg dibelakang dan selepas buka skru alikkan,tengok kalau bulatan dia besar bermakna tidak oringal mudah serap air,sebab yg ni x boleh tiru.kalau ori bulat dia kecil, kalau duduk dlm air satu ari pun INSYAALLAH xkan masuk air.saya dah pakai lama yg ori.dan pernah buat kajian letak 1hari jam jepun dgn tailand. yg jepun cased made ini cina x masuk air langsung dan yg tailand,tuan2 cuba la sendiri. Nanti akan dapat jawapan nya..kalau nk sebut tentang kauliti la.,Mungkin tailand boleh tiru sama dgn ori, tapi kualitinya boleh la,kalau nk pakai,kalau nk tau ori kita cuba rendam 1jam aja dlm air jangan buat 1hari,lepas tu kita tengok apa yg terjadi.?saya dah buat,maaf saya xdapat nk bg tahu jawapan.biar tuan2 cuba buat sendiri dan boleh nilai sendiri.. Dgn harga yg tuan2 beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. made in thailand dalm kolah air 24 jam ok x da masalah

      Delete
  5. Kalo made in china tapi talinya tulisan casio thailand, ori atu fake?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Original ade yang mcm tu. Jam di buat di china. Tali di buat di thailand. Tali di import masuk ke china dan di pasang di kilang china.

      Delete
  6. kalo tali thai jam pun mmg ori kan,,aj nk tau ja

    ReplyDelete
  7. Kalau saya beli jam xori pastu sweap ngn membe ii yg ori rase ii dyerang perasan x?...

    ReplyDelete
  8. Kalau seller kat ori tapi ketul cermin mcm bukan bunyi kaca tu ori ke?

    ReplyDelete
  9. #Kalau made in China, Thailand dan Vietnam..mmg ori tapi gred C
    #Kalau made in japan..ori dan A
    Saya ringkaskan..made in japan lebih tahan dan berkualiti

    ReplyDelete
  10. Kalo belakang made in Thailand tpi besi kat tali tu made in China macam mana pulak yer

    ReplyDelete