Di akhir tahun 2017, peminat g-shock di berita kan tentang koleksi terbaru g-shock iaitu RED OUT COLLECTION yang telah keluar dalam minggu ini dan telah berada di pasaran. Sejak ia di berita kan secara rasmi, para peminat telah memasang impian untuk memiliki jam limited ini. Status media dan sharing gambar model ini di media social menjadi rancak. Ada yang tidak sabar, ada yang meghotung hari untuk mamakai jam ini di tangan!
Saya, secara peribadi memang suka warna jam ini dan sudah pasti mahu memiliki salah satu model bewarna ini. Mungkin saya akan memilik model DW-6935C-4 atau pun AWG-M535C-4AJR. Namun, setelah fikir dan melihat koleksi yang saya ade, saya merasakan model AWG-M535C-4AJR akan menjadi jam yang saya miliki nanti.
Kenapa saya memilih jam model AWG-M535C-4AJR berbanding dengan model lain?
Pertama, saya tidak pernah lagi memiliki jam model ini. Bentuk yang bulat ini. Kedua, adalah di sebab kan model ini TOUGH SOLAR serta MULTIBAND 6. Ketiga, model ini hanya untuk pasaran JAPAN sahaja. Ia menjadi, model yang sangat limited. Hanya 3 sebab ini, saya memilih model ini. Jika ada rezeki lebih, saya akan tambah lagi model DW-6935C-4A.
Saya menunggu jam ini sampai :-)
CHANNEL TELEGRAM G-SHOCK ORIGINAL
KLIK TO JOIN:---> https://t.me/AMGSHOCK
No comments:
Post a Comment