Setelah tiada keluaran pada tahun 2018, akhirnya ia hadir juga di awal tahun 2018. Kali ini, warna dan corak cukup mengancam. Model rangeman GW-9404KJ-3JR Earthwatch Edition for Love The Sea And The Earth 2019 ini mengambil inspirasi warna sempena dengan burung "Kakapo Parrot". Seperti mana model-model kolaberasi yang sebelum ini, model ini bakal menjadi model buruan pada tahun 2019 ini.
Jam ini akan keluar di pasaran Japan pada bulan Februari 2019 pada harga ¥53,500 JPY atau lebih kurang RM2090.00 . Ini harga yang di pamekan pada tag jam ini. Apa yang pasti, jika anda dapat beli jam ini pada harga ini, anda pasti cukup bertuah.
Seperti biasa, fungsi G-Shock Rangeman GW-9404KJ-3JR adalah sama sahaja dengan mana-mana model rangeman GW-9400. Yang membeza kan hanya warna dan backlight jam sahaja. Tali jam model ini adalah jenis Carbon Fiber.
No comments:
Post a Comment