Sunday, 12 November 2017

Model DW-6900 : Button ADJUST Tenggelam..Jam Saya Rosak Ke ? Baca Info Ini.


ADAKAH JAM SAYA ROSAK?
=======================

Saya seringkali akan menerima pertanyaan sepeti di atas dari customer yang baru menerima jam model DW-6900 yang di beli. Ini soalan yang sangat kerap di tanya. Ia berkaitan dengan button atas kanan atau button "ADJUST". Button itu memang akan ke dalam sedikit atau tenggelam. Semua model jam g-shock DW-6900 pasti akan datang dengan BUTTON ADJUST TENGGELAM. Jadi, jangan pelik ye. Ia bukan rosak. 

Sebenarnya, ia adalah untuk tujuan keselamatan kerana BUTTON ADJUST itu sangat sensitif kerana ia adalah punca untuk setting apa-apa yang ada dalam jam tu.

Kenapa ia tenggelam? Saya masih ade peluang untuk bertanya kepada KIKUO IBE lagi :-)

"Bang, macam mana saya nk tahu jam saya itu model DW-6900? " Tanya lagi.

Mudah je. Pusing jam. Tengok di belakang jam pada BACK CASE yang besi itu. Cari tulisan " DW-6900 " di situ. Jika ade, maknanya model itu adalah model DW-6900. 

Lag satu, semua model DW-6900 tak akan ade AUTO LIGHT!

Di bawah adalah contoh model-model DW-6900...











-------------------------------------------------------------------------------

Nak tengok LATEST MODEL G-SHOCK?


Klik link di bawah!

---------------------------------------------------------------------------------

Adakah 6 Model Ini Di Jangka "HOT" Dalam Masa 3 Tahun Lagi..? Mungkin !


Ini hanya pandangan saya berdasar kan pengalaman saya selama ini dalam jual beli jam g-shock ini. Adakah saya simpan semua model ini? Sudah pasti ! Jika ade duit lebih, saya akan beli dan simpan dulu model-model di bawah ini.

Lihat dan nikmati color jam ini. Anda boleh pilih untuk padan kan color jam ini dengan baju atau kasut yang anda pakai pada setiap hari. 



 



Di Sebalik Sebuah Jam G-Shock Original...


Ini lah gambaran di sebalik terciptanya sebuah jam g-shock original..














Friday, 10 November 2017

Dulu, jam ini hanya RM650 je. Hari ini, jika tiada RM1400, usah mimpi la!



Memang betul la. Harga dulu masa jam ini keuar di pasaran dalam RM650 boleh dapat. Masa tu, ade yang kata "KERAS".."MAHAL"..dan tidak berbaloi. Itu dulu..2013. hehe..


Nah! Hari ini November 2017, kalau tiada RM1500 di tangan untuk beli jam ini..usah mimpi di siang hari la untuk dapat JAM BARU DALAM KOTAK model MUDMAN RED RISING ini ye.

Jam limited edition..mcm tu la. Kena pula sempena 30 tahun umur G-SHOCK, lagi la limited. Warna merah plak tu..lagi la cun! 


Sekarang ni, model LIMITED 35th Anniversary BIG BANG telah berada di pasaran. Pandai-pandai la nk simpan yang mana satu :-)



TERBAIK!!! MODEL BARU RANGEMAN 2018 dengan GPS Navigator & Bluetooth connectivity


Tahun 2018 semakin menghampiri kita. Tahun 2017 akan pergi untuk selamanya. Yang pasti, model-model yang sebelum ini akan terus menjadi buruan peminat g-shock yang lahir setiap hari. Model-model baru 2018 pasti lebih canggih dan lebih banyak fungsi berdasar kan teknologi terkini!

Post kali ini adalah tentang model terbaru RANGEMAN atau KUCING HUTAN. Model ini di kenali dengan model GPR-B1000-1. 


Ini lah rupa RANGEMAN 2018 yang bakal menjadi jam pilihan peminat jam. Bentuk jam ini jauh berbeza dengan model asal rangeman. Selain bentuk, ia juga di tambah dengan fungsi-fungsi lain seperti GPS Navigator dan Bluetooth connectivity. Malah, model ini di tambah dengan LCD display yang tahan suhu rendah, sapphire crystal dan tali jam carbon fiber! Ia juga di katakan mempunyai fungsi “Wireless Charging”. 

Bentuk jam ini hanya prototaip sahaja buat masa ini, namun rupa sebenar jam mungkin akan di dedah kan pada bulan Mac 2018 semasa Baseworld nanti.

Kita tunggu ye :-)


Saturday, 4 November 2017

LIMITED COLOR 2016: G-Shock Bordeaux Color Series: GA-110EW-4AJF & GW-M5610EW-4JF


Warna ini memang tidak banyak. Sebab itu susah untuk dapat kan jam g-shock color ini. Model ini di keluar kan pada September 2016. Hanya 2 model ini sahaja. Hari ini, agak sukar untuk cari model ini di pasaran. Bertuah lah sesiapa yang ade menyimpan model ini!




Friday, 3 November 2017

Sungguh Cantik! Color Terbaru G-Shock GA-800SC Sneaker Color Series


Model GA-800 merupakan salah satu model baru yang di perkenal kan pad atahun 2017. Ia di keluar kan pada bulan Ogos 2017 dengan warna merah dan hitam. Ia adalah model ASAS atau basic sahaja. 


GA-800-1A ( hitam ) dan GA-800-4A ( merah ) adalah model awal. 


GA-800-1A Hitam


GA-800-4A Merah

Pada 30 Oktober 2017 lepas, Casio telah memperkenal kan lagi 3 color untuk model ini. 3 color adalah seperti di bawah:


GA-800SC-2A BLUE


GA-800SC-6A PURPLE


GA-800SC-7A WHITE