Thursday, 17 August 2017

INI CARA NK BEZA G-SHOCK MUDMASTER GG-1000 YANG ORIGINAL & COPY 1:1 . SGT MUDAH!


Jika sebelum ini, model copy ini hanya meniru bentuk luaran jam sahaja, tetapi pada hari ini ia semakin maju dan kini semua FUNGSI yang ada pada model MUDMASTER GG-1000 ini telah berjaya di COPY sebiji. Fungsi seperti DIGITAL COMPASS, AUTO LIGHT dan THERMOMETER telah ade pada model COPY 1:1 ini. Dan harga yang di jual di pasaran adalam sekitar RM200-RM250. Itu yang saya lihat di page-page facebook. 

Bagaimana kita nk beza kan model yang ORIGINAL dengan COPY 1:1 ini? 

 Untuk memudah kan saya faham akan fungsi yang ada pada jam MUDMASTER COPY 1:1 ini, maka saya telah order dan beli jam ini. Anda boleh lihat gambar pakej jam COPY 1:1 yang saya dapat seperti di bawah..


Dengan membayar harga RM200-RM250, anda akan dapat memiliki jam MUDMASTER COPY 1:1 ini. 


KOTAK JAM ORIGINAL DAN COPY 1:1 

Kotak jam ORIGINAL adalah tingginya 9.5CM. Kotak jam COPY adalah 8cm sahaja. 


MATERIAL KOTAK 

Untuk makluman anda, kotak jam ORIGINAL labih keras dan kemas bernading kotak jam COPY. Sangat beza dari segi kualiti kotak itu sendiri!




TIN HEXAGON

Tin pun beza dari segi color.


BUCKLE JAM

Untuk makluman anda, semua buckle model MUDMASTER yang ORIGINAL adalah di buat di CHINA. So, ia akan di tulis di buckle dengan tulisan CHINA. Bukan di JAPAN seperti pada jam COPY 1:1 . Dari segi tulisan CASIO dan JAPAN pada buckle jelas nampak ia nya tidak kemas dan tidak centre berbanding dengan jam original! 


DIGITAL COMPASS 

Setelah saya banding kan dengan mode ORIGINAL, perkara yang paling JELAS dan KETARA perbezaan andata model ORIGINAL dan COPY adalah COMPASS. Jam COPY, compass tidak berfungsi sepenuhnya. Untuk MUDMASTER ORIGINAL, apabila kita tekan button kompass, jarum SAAT pada jam MESTI menghala ke arah NORTH. Kita pusing jam sekali pun, jarum saat itu MESTI tetap menghala ke arah NORTH. Tetapi jam COPY, jarum itu tidak berfungsi langsung. Jarum tidak bergerak langsung. Yang bergerak hanya number-number digital pada LCD SCREEN!

Lagi satu, untuk jam ORIGINAL, kita hanya perlu tekan BUTTON COMPASS hanya sekali dengan pantas sahaja. Tidak perlu tekan lama. Hanya satu saat sahaja.  Tetapi jam COPY, kita perlu tekan lebih lama lebih kurang 4 saat untuk MODE COMPASS. Itu sangat ketara bezanya.


Buat masa ini, ini sahaja yang dapat saya temui perbezaan nya. Jika ade info terbaru, saya akan update pada masa akan datang. Stay tune!
========================


JIKA BERMINAT NK BELI MODEL MUDMASTER ORGINAL DENGAN HARGA DISKAUN..SILA WHATSAPP SAYA 013-2449295. DISKUAN HINGGA AKHIR BULAN OGOS 2017 INI SAHAJA!
 ==================================================

Monday, 14 August 2017

BERBALOI KAH SAYA BAYAR RM250 UNTUK JAM COPY 1:1 ? IKUTI PENJELASAN INI.


Anda peminat jam g-shock, tapi anda tidak mampu nak beli jam g-shock yang harga mahal itu, tapi anda nak rasa juga untuk pakai jam g-shock. Apa yang anda perlu buat? Nasihat saya, beli jam g-shock yang murah-murah dulu. Bajet rm300 memang ade. Tunggu jika ada promosi. Tanya seller jika mereka ade promosi.

Tapi jika jam bernilai RM1000? Ok. Ramai yang RELA beli jam COPY dengan membayar RM250. Contoh terbaru adalah model GG-1000 mudmaster. Jika ikut harga pasaran, jam GG-1000 MUDMASTER bernilai  RM900-RM1200. Tapi model ini telah wujud COPY 1:1 yang mempunyai fungsi yang sama dengan model oroginal. Ini yang akan memeningkan peminat jam. 



Berbaloi kah saya bayar RM250 untuk jam COPY? Bagi saya, memang sangat TIDAK BERBALOI sama sekali. Dengan RM250, anda boleh dapat jam g-shock orignal. Tambah RM40 sahaja, anda boleh dapat DW6900 basic!

Cuma, jika anda nk beli juga, tiada halangan. Itu duit anda. Jika anda nk beli jam COPY 1:1, ikuti TIPS di bawah ini...

1. Beli dari penjual yang dah lama ada dalam pasaran online khasnya penjual di FACEBOOK. Kita akan jumpa banyak page jual jam copy ini. Ada page yang baru wujud, ada yang sudah lama. Pasti kan anda beli dengan page yang lama wujud dan page itu aktif. Sebelum beli, follow dulu page itu. Lihat bagaimana keafktifan mereka dalam melayani customer mereka. Jgn bergantung kepada TESTIMONI sahaja kerana ade TESTIMONI boleh di jual!

2. Elakkan membeli dari page-page yang baru atau like di bawah 500. Apa yang saya perhatikan, kebanyakan page-page yang jual jam copy ini tidak tahan lama. Ada yang bertahan sekadar satu bulan sahaja. Ini tidak elok jika jam yang anda beli DI BERI JAMINAN 1 TAHUN oleh seller itu. Jika page tiada dan web official  pun tiada, bagaimana anda nk CLAIM WARRANTY yang di janji  itu? No phone boleh di tukar bila-bila masa. Maka, berhati hati lah. RM250 itu banyak!

3. Jika ada COD, itu lebih baik. Snap gambar penjual jika anda ragu2. Ini adalah untuk langkah berjaga-jaga.

Itu antara perkara yang anda perlu fikir sebelum anda BERI DUIT anda kepada orang lain untuk memiliki sebuah jam copy :-)

Sekian! 

-------------------------------------------------------------------------------

Nak tengok LATEST MODEL G-SHOCK?


Klik link di bawah!

---------------------------------------------------------------------------------




Wednesday, 9 August 2017

WAH! G-SHOCK SEMPENA 35 TAHUN TELAH RELEASE..SEMUA ALL BLACK! TERBAIK LA!


Ini yang di tunggu-tunggu oleh peminat G-SHOCK. Dah 35 tahun rupanya jam g-shock ini. Memang terbaik! 

Tapi kali ini, banyak model casio buat FULL BLACK. Pelik juga kenapa tiada color-color lain. Tapi, korang jangan risau, lepas ini, banyak lagi model-model ANNIVERSARY 35 tahun ini akan keluar.

Kalau nk tahu lebih detail dan harga jam ini, boleh ke web ini:
https://www.g-central.com/g-shock-big-bang-black-35th-anniversary-collection/

Untuk model petak, ia special untuk JAPAN sahaja. Boleh tgk sini:
https://www.g-central.com/g-shock-gw-5035a-1jr-35th-anniversary-model/ 

Boleh cuci mata tengok gambar di bawah..








Saturday, 5 August 2017

AUTO LIGHT : PENTING ATAU TIDAK? BACA SETERUNYA.


Ramai juga yang bertanya tentang AUTO LIGHT pada jam g-shock. Ramai juga yang tidak tahu apa itu AUTO LIGHT. Saya telah terang kan di post yang lain tentang apa itu auto light. Anda boleh check posting saya sebelum ini.
 
Di sini, ada satu pertanyaan tentang AUTO LIGHT ini. Soalan yang berbunyi :

ADAKAH PENTING SEBUAH JAM G-SHOCK ITU MEMPUNYAI AUTO LIGHT?
SEJAUH MANA PENGGUNAAN AUTO LIGHT DALAM KEHIDUPAN KITA?

Saya sebagai pengguna dan penjual g-shock secara langsung terlibat dalam penggunaan fungsi auto light ini. Ada jam yang saya pakai mempunyai fungsi auto light. Ada jam yang saya pakai tidak ade fungsi auto light. Secara peribadi saya rasa, auto light ini TIDAK LAH SEPETING fungsi yang lain. Ia hanya fungsi tambahan yang baik. Tapi ia tidak lah penting.

Untuk makluman anda, dalam 1 bulan saya memakai jam yang ade fungsi auto light, saya rasa hanya 5% sahaja masa yang saya guna untuk fungsi auto light ini. Mungkin sebab saya bekerja di waktu siang dan tidak selalu guna fungsi ini. Mungkin mereka yang bekerja di malam hari..di dalam gelap..sentiasa memerlukan WAKTU untuk kerja nya..pasti MEMERLUKAN FUNGSI AUTO LIGHT ini lebih kerap berbanding yang kerja siang hari sahaja.

Jadi, ia penting atau tidak adalah berdasar kepada WAKTU BILA kita pakai jam itu dan di mana MASA yang kita gunakan jam itu. Jadi, bagi saya, ia tidak lah PENTING sangat dalam hal penggunaan waktu saya.



Wednesday, 2 August 2017

G-SHOCK VAMPIRE? BETUL-BETUL ADA KE MODEL INI? BACA SELANJUTNYA.


Sebenarnya, CASIO tidak pernah keluar kan model "G-SHOCK VAMPIRE" ni. Ia hanya nama panggilan bagi model baru 2016 iaitu GA-400HR-1A yang mempunyai color merah hitam yang menyerupai warna tema bagi VAMPIRE. Maka, sampai hari ini, panggilan ini melekat di bibir peminat jam g-shock. Maka, bila di sebut model g-shock VAMPIRE, model yang di maksud kan adalah model GA-400HR-1.

Walau pun model ini belum sampai lagi satu tahun umurnya, namun KEHANGATAN model ini di kalangan peminat jam terus menjadi-jadi. Boleh di katakan ia memang sentiasa di minati peminat jam g-shock seperti mana model-model limited. Model ini bukan lah LIMITED EDITION, tetapa ia di keluar kan dengan color yang SPECIAL bersama-sama dengan model lain. 

Model ini juga antara di ramal kan terus menjadi HOT pada masa akan datang. Jika di lihat dari sudut permintaan dari peminat jam, saya merasakan 2 atau 3 tahun lagi, harga pasti tidak seperti hari ini. Just wait and see!

Apa yang special model ini?

Warna nya. Itu sahaja. Dari segi fungsi jam, ia hanya biasa-biasa sahaja. Tiada apa yang best. Oleh sebab color nya yang "MENGANCAM", maka ia ade permintaan dalam pasaran sehinggan banyak jam COPY seperti ini di jual di pasaran.

JIKA ANDA BERMINAT DENGAN MODEL INI, TERUS WHATSAPP SAYA 013-2449295. 

Gambar-gambar model ini ada di bawah..boleh cuci mata!