Thursday, 17 August 2017

INI CARA NK BEZA G-SHOCK MUDMASTER GG-1000 YANG ORIGINAL & COPY 1:1 . SGT MUDAH!


Jika sebelum ini, model copy ini hanya meniru bentuk luaran jam sahaja, tetapi pada hari ini ia semakin maju dan kini semua FUNGSI yang ada pada model MUDMASTER GG-1000 ini telah berjaya di COPY sebiji. Fungsi seperti DIGITAL COMPASS, AUTO LIGHT dan THERMOMETER telah ade pada model COPY 1:1 ini. Dan harga yang di jual di pasaran adalam sekitar RM200-RM250. Itu yang saya lihat di page-page facebook. 

Bagaimana kita nk beza kan model yang ORIGINAL dengan COPY 1:1 ini? 

 Untuk memudah kan saya faham akan fungsi yang ada pada jam MUDMASTER COPY 1:1 ini, maka saya telah order dan beli jam ini. Anda boleh lihat gambar pakej jam COPY 1:1 yang saya dapat seperti di bawah..


Dengan membayar harga RM200-RM250, anda akan dapat memiliki jam MUDMASTER COPY 1:1 ini. 


KOTAK JAM ORIGINAL DAN COPY 1:1 

Kotak jam ORIGINAL adalah tingginya 9.5CM. Kotak jam COPY adalah 8cm sahaja. 


MATERIAL KOTAK 

Untuk makluman anda, kotak jam ORIGINAL labih keras dan kemas bernading kotak jam COPY. Sangat beza dari segi kualiti kotak itu sendiri!




TIN HEXAGON

Tin pun beza dari segi color.


BUCKLE JAM

Untuk makluman anda, semua buckle model MUDMASTER yang ORIGINAL adalah di buat di CHINA. So, ia akan di tulis di buckle dengan tulisan CHINA. Bukan di JAPAN seperti pada jam COPY 1:1 . Dari segi tulisan CASIO dan JAPAN pada buckle jelas nampak ia nya tidak kemas dan tidak centre berbanding dengan jam original! 


DIGITAL COMPASS 

Setelah saya banding kan dengan mode ORIGINAL, perkara yang paling JELAS dan KETARA perbezaan andata model ORIGINAL dan COPY adalah COMPASS. Jam COPY, compass tidak berfungsi sepenuhnya. Untuk MUDMASTER ORIGINAL, apabila kita tekan button kompass, jarum SAAT pada jam MESTI menghala ke arah NORTH. Kita pusing jam sekali pun, jarum saat itu MESTI tetap menghala ke arah NORTH. Tetapi jam COPY, jarum itu tidak berfungsi langsung. Jarum tidak bergerak langsung. Yang bergerak hanya number-number digital pada LCD SCREEN!

Lagi satu, untuk jam ORIGINAL, kita hanya perlu tekan BUTTON COMPASS hanya sekali dengan pantas sahaja. Tidak perlu tekan lama. Hanya satu saat sahaja.  Tetapi jam COPY, kita perlu tekan lebih lama lebih kurang 4 saat untuk MODE COMPASS. Itu sangat ketara bezanya.


Buat masa ini, ini sahaja yang dapat saya temui perbezaan nya. Jika ade info terbaru, saya akan update pada masa akan datang. Stay tune!
========================


JIKA BERMINAT NK BELI MODEL MUDMASTER ORGINAL DENGAN HARGA DISKAUN..SILA WHATSAPP SAYA 013-2449295. DISKUAN HINGGA AKHIR BULAN OGOS 2017 INI SAHAJA!
 ==================================================

5 comments:

  1. How can I get one of these shipped to UK

    ReplyDelete
  2. 1 lagi,auto light jam copy ni dalam kawasan terang/gelap tetap berfungsi,manakala jam ori hanya berfungi bila dalam keadaan gelap sahaja..skrin jam boleh detect cahaya persekitaran,sekian

    ReplyDelete