Ya, itu lah g-shock. Mungkin ada yang tidak percaya akan hal ini. Namun, hakikat nya, bila anda terjebak dengan RACUN G-SHOCK ini, anda akan terbiasa dengan jam-jam dulu yang murah kini harga mencecah ribuan ringgit.
Model ini di panggil GLX RASTA. Number model ini adalah GLX-6900XA-9. Di awal-awal ia di keluar kan, harga nya sekitar RM500-RM600 sahaja. Oleh kerana warna BOB MARLEY atau RASTA ini, ia menjadi pilihan sesetengah pengumpul g-shock. Tidak di ketahui berapa unit yang di keluar kan oleh CASIO, tetapi jam ini telah lama di berhentikan pengeluarannya.
Di sekitar tahun 2012, harga jam ini berlegar dalam RM1200 sahaja. Masih lagi saya ingat ketika lepak dengan geng motor. Ade seorang kawan yang pakai jam ini. Bila di tanya, berapa jam ini, di jawab nya RM1200. Saya agak terkejut ketika itu dan menyangka die bergurau dengan harga jam itu yang saya fikir kan memang "MAHAL" dan " MEMBAZIR".
Tahun demi tahun, harga jam ini terus meningkat. Hari ini, harga semasa jam ini di pasaran sekitar RM2800-RM3000 jika jam itu masih dalam keadaan BARU YANG TIDAK PERNAH PAKAI. Atau bahasa mudah..JAM MASIH DARA .
Itu lah salah satu kelebihan JAM G-SHOCK ORIGINAL!
Itu lah salah satu kelebihan JAM G-SHOCK ORIGINAL!
No comments:
Post a Comment