Sunday, 14 May 2017

G-SHOCK COPY / FAKE : APA KESAN KEPADA G-SHOCK ORIGINAL? BACA SETERUSNYA.


Kita sedia maklum bahawa kebanjiran jam-jam g-shock copy di pasaran tidak boleh di halang lagi. Dulu, jam-jam ini hanya copy dari segi luaran sahaja, tapi hari ini, ada sesetengah model telah hampir sama dengan model original seperti model DW6900 atau GA110. Ada fungsi yang sama ada pada jam original, ia juga ada pada jam copy atau fake ini. Ini agak merisau kan sesetengah pembeli jam sekiranya mereka terbeli jam copy pada harga original.

Di sini, saya tak nk sentuh isu itu, cuma saya ingin menyentuh tentang "KESAN" kebanjiran jam-jam copy ini terhadapa industri g-shock. Mungkin ade yang rasa ia akan memberi banyak kesan buruk kepada penjualan g-shock original ini. Mungkin ada yang beranggapan bahawa orang tak akan beli jam g-shock original lagi. Sebenarnye, anda silap.

Pernah anda dengar company CASIO telah saman mereka yang buat dan jual jam fake ini? Setakat yang saya tahu, ia tidak pernah ada. Kenapa mereka tidak saman? :-)

Tahu kah anda bahawa CASIO akan mendapat FREE MARKETING akibat kelahiran jam copy ini? Ya..memang betul! Its is free marketing kepada CASIO G-SHOCK! Ramai yang tidak mampu nk beli g-shock original, tetapi mereka berupaya membeli g-shock copy pada harga mampu milik. Mereka tahu ia jam bukan original, cuma mereka "TIADA WANG CUKUP" lagi untuk memiliki jam original. Tapi satu hari nanti, mereka pasti akan memiliki jam original kerana mereka juga tahu kelebihan jam ORIGINAL itu sendiri.


Adanya jam copy ini membuat orang yang sebelum ini tidak kenal G-SHOCK, kini telah menjadi penyimpan tegar jam g-shock orginal!

No comments:

Post a Comment