Sunday 25 December 2016

G-Shock: Made In Japan? Made In Thailand? Made In China?




Ini pencerahan tentangnye..baca dengan tenang ye :-)

Assalam dan selamat sejahtera..repost..Hi Kawan-kawan GSFC,para newbies dan seller disini admin nk kongsikn sedikit info mengenai Gshock: Pertama sekali kita kena faham bahawa Casio mempunyai 3 kilang produksi di Jepun, Thailand & China. Setiap kilang mempunyai fungsi yang sama dalam semua pembuatan jam Casio, tetapi dibahagikan pada 3 aras. Pertama jikalau model yang dikeluarkan seperti model ekslusif seperti model Frogman, MR-G, MT-G, Protrek MANASLU, Oceanus dan model-model khas DW-6900, semua model diletak sebagai model aras 1, model yang paling tinggi dari segi pembuatan, pemilihan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan dengan prinsip 1 jam 1 pembuat, maka kesemuanya termasuk aksesori (tali, buckle, butang dan lain-lain) dibuat sepenuhnya kat Jepun. Contohnya sekiranya bahagian belakang jam di tempa perkataan Japan Y, Japan K atapun Japan P dan buckle juga Japan maksudnya 100% Made In Japan.

Untuk aras 2 ialah untuk kilang Thailand yang khusus dalam pembuatan model pertengahan seperti model model Master of G, contoh Riseman dan Rangeman dan juga model Protrek yang lain seperti model PRG-110,130,240,260,270 dan juga PRW-3000. Kalau model ini buatan Thailand tapi buckle Jepun maksudnya buckle ini khas untuk model tersebut. Contohnya Protrek PRG-110Y, buatan Thailand tapi buckle Japan maksudnya, kilang Thailand akan import masuk tali khas ini dari Casio Jepun, sekiranya model yang biasa maka jam dan tali juga akan datang dari kilang yang sama.

Akhir sekali aras 3 iaitu untuk model 'entry' ataupun model yang murah dan popular seperti model DW-6900/DW-5600 standard akan dibuat di China sebab kos pembuatan murah dan tidak perlu banyak kepakaran teknikal. Disamping itu kilang China juga terlibat dalam pengeluaran model yang popular seperti model GA-110 dimana hampir 90% model ini datang dari kilang China. Akhir kata, itu hanya pendapat umum saja tentang kualiti Jepun adalah terbaik, tapi itu bukan bermaksud kilang kat Jepun tiada masalah kualiti, pun ada juga. Selagi Casio masih mengekalkan tahap kualiti dalam keadaan terkawal, ini tidak menjadi isu besar di mana jam itu dibuat.tidak semestinya buckle or back case xde cop japan jam tu xori... Just share sahaja.

COPY FROM: G-SHOCK FAN PAGE

-------------------------------------------------------------------------------

Nak tengok LATEST MODEL G-SHOCK?


Klik link di bawah!

---------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment