Saturday 2 May 2020

Special Colors Model (SCM) : Berbaloilah kita menyimpan model SCM ini?



Setiap unit jam g-shock akan keluar secara solo atau secara berkumpulan. Kebiasaannya, pengeluaran model-model g-shock ini akan di kategorikan dalam kumpulan yang berlainan. Ada model dalam kategori SPECIAL EDITION. Ada model dalam kategori LIMITED EDITION. Ada model dalam kategori SPECIAL COLORS.

SPECIAL COLORS MODEL (SCM) antara kategori keluaran yang agak banyak dalam pasaran g-shock hari ini. Salah satu contoh SCM adalah model G-SHOCK DW-5600TB THROWBACK '80s Street Fashion Colors yang di keluarkan pada November 2017. Model ini terdiri dari model yang berlainan warna. Empat model THROWBACK '80s ini adalah DW-5600TB-1, DW-5600TB-4A, DW-5600TB-4B dan DW-5600TB-6. Lihat gambar di bawah. 


Warna model TB ini memang cantik. Ketika awal model TB ini hadir dalam pasaran, tidak ramai yang memberi perhatian. Ketika itu, harga pasaran model TB ini dalam lingkungan RM350 - RM400. Bagi yang telah lama bermain dalam industri g-shock ini, mereka pasti awal-awal nampak peluang pelaburan yang menguntungkan. 

Hari ini, setelah hampir 3 tahun berada di dalam pasaran, ke empat-empat model TB ini mempunyai nilai yang tinggi. Anda tidak lagi dapat memiliki model-model ini pada harga di bawah RM400. Jika anda masih dapat harga di bawah RM400, anda memang sangat bertuah. Paling kurang harga salah satu bagi model-model TB ini adalah RM500. 

Tahukah anda salah satu dari ke empat model di atas telah mencecah harga RM800 jika ianya dalam keadaan NEW OLD STOCK? Jangan terkejut. Ia betul-betul berlaku. Model tersebut adalah DW-5600TB-6 atau di beri nama panggilan "DW JOKER". Kenapa JOKER? Kerana warnya model ini bersamaan dengan tema warna JOKER. 


Lihat gambar di atas. Hijau dan purple. Warna yang sungguh menarik. Ini lah jam yang hari ini sudah mencecah harga RM800! beruntung lah bagi mereka yang menyimpan koleksi ini. Saya pun ada satu unit untuk di pakai 😊

Apa yang saya ingin sampai kan di dalam posting ini adalah KELEBIHAN memiliki SCM model berbanding model-model biasa yang lain. Tetapi, tidak semua model SCM yang mempunyai nilai yang baik di masa hadapan. Berdasar kan pengalaman saya dari 2013 hingga 2020 hari ini, model DW-5600 dan model DW-6900 mempunyai nilai yang lebih tinggi jika ia berada di dalam kategori SCM berbanding dengan model-model lain.

Namun, hari ini, kedua2 model DW-5600 dan DW-6900 telah di cabar oleh 2 model baru iaitu DW-5900 (tapak kucing) dan GA-2100. Jadi, saya harap posting ini memberi satu maklumat yang berguna untuk anda dalam memilih model jam yang sesuai untuk koleksi anda di masa hadapan atau pun pelaburan anda!