Saturday 20 May 2017

AUTO LIGHT : SEMUA JAM G-SHOCK ORIGINAL ADA AUTO LIGHT? BACA INI YE.

  

Apa itu AUTO LIGHT

Secara mudah nk sebut, lampu jam menyala secara automatik apabila jam di pusing sebanyak 45 darjah ke muka kita. Kita pakai jam g-shock. Bila kita nk tengok waktu, kita akan angkat tangan dan hampir kan dengan muka kita. Maka, bagi jam yang ada AUTO LIGHT dan telah di SET UP AUTO LIGHT ITU, maka LAMPU jam akan menyala secara AUTOMATIK. Kita tidak perlu tekan button lampu lagi. Ingat ye, nk pasti kan AUTO LIGHT ini berfungsi pada jam anda, anda perlu lah setting dulu. Cara nk setting AUTO LIGHT ada di beritahu di dalam manual book. Jangan tak baca pula ye. 

Lagi satu nak ingat kan, AUTO LIGHT ini bertahan selama 6 jam sahaja. Lepas 6 jam, ia akan DISABLE secara auto. Jadi, jika nk guna fungsi AUTO LIGHT ini lagi, anda kena setup semula la. 


Adakah semua jam g-shock original ini ada auto light?

Lebih 90% model ade fungsi AUTO LIGHT.  Semua model g-shock yang TOUGH SOLAR ada fungsi auto light. Dan semua model g-shock MULTIBAND 6 ada fungsi auto light. Jadi, nk mudah, beli je model SOLAR..pasti ade AUO LIGHT.

4 comments: