Monday 22 May 2017

KENAPA SESETENGAH MODEL G-SHOCK BIASA NAIK HARGA? BACA INI DULU.


Kita mesti ingat perkara ini. Pegang tentang hal ini. Dalam dunia jam g-shock, bukan seller yang menentukan harga sesetengah jam itu naik atau turun. Ia di tentukan oleh PERMINTAAN & PENAWARAN dalam pasaran. 

Salah satu sebab model-model LIMITED EDIDTION menjadi mahal adalah kerana PENAWARAN KURANG, tetapi PERMINTAAN TERLALU BANYAK. Itu yang terjadi pada model LIMITED. 

Bagaimana pula dengan model yang "BIASA", tetapi harga menjadi mahal? Model biasa ini memang di awal pengeluaran tiada permintaan. Lambat panas sebab ia banyak dalam pasaran. Tapi selepas 2 atau 3 tahun, ia mula menjadi buruan. Ia mungkin di sebab kan color atau trend di masa tersebut. 

Kita ambil contoh model DW6900. Kebanyakan model DW6900 di awal tahun 2011, harga boleh di katakan dalam RM250-RM350 sahaja. Kira harga yang mampu di bayar oleh kebanyakan peminat g-shock. Tetapi disebab kan COLOR YANG MENARIK dan PENGELUARAN MODEL tertentu telah di hentikan, maka harga jam mula naik sedikit demi sedikit. Tambah pula TREND peminat yang suka pakai model DW6900 pada tahun itu, maka ia menguat kan lagi kenaikan harga model-model tertentu. Boleh di katakan 80% model DW6900 telah naik harga dengan kenaikan yang TERLAMPAU.


Kita ambil contoh 2 model di atas. Model DW6900NB-3 hijau dan DW6900SB-9 manggo. Di awal 2011, harga jam itu masih lagi boleh di beli pada harga RM300. Tapi hari ini, jika anda jual jam ini pada harga RM300, sepantas KILAT akan ade yang beli !


Bersambung..:-)

No comments:

Post a Comment