Wednesday 10 May 2017

7 KEBURUKAN MEMILIKI G-SHOCK COPY @ FAKE YANG WAJIB ANDA TAHU




Antara keburukan yang akan anda hadapi apabila memiliki atau membeli g-shock copy atau fake..

1. TIADA WARRANTY / JAMINAN. Ya..sudah tentu jam tersebut tiada jaminan casio kerana ia bukan jam yang di keluar kan oleh casio. Mungkin si penjual atau kedai yang jual itu boleh memberi jaminan, tetapi berapa lama? Biasanya ade yang beri jaminan 3 bulan..ada yang 6 bulan. Ada juga yang berani beri jaminan 1 tahun. 


2. TIADA TEKNOLOGI SHOCK RESISTANT. Apa yang kita tahu, jam g-shock original di bina atas dasar LASAK atau tahan GEGARANA yang kuat. Tetapi teknologi SHOCK RESISTANT dan MAGANETIC RESISTANT ini hanya ada pada g-shock original sahaja. Sebab itu, jam g-shock original boleh tahan lama dan tidak pecah sekalipun jatuh dari tingkat 88 KLCC! Ingat..jam copy atau fake sesekali tiada teknologi ini dan akibatnye apabile jatuh, ia cepat rosak terutama model yang ade jarum. 

3. TIADA NILAI PENAMBAHAN. Jam g-shock original, walau pun dah beratus kali pakai, ia tetap ade NILAI HARGA yang unik. Ada banyak model yang dah di pakai, tetapi sentiasa menjadi buruan pengumpul g-shock. Jam copy, memang tiada langsung. Beli pakai dan buang sahaja. Itu hakikatnya.

4. TIDAK BOLEH DI REPAIR. Biasanya, jika jam copy itu rosak, ia nya sukar untuk di repair atau di baiki. Sekali rosak, buang ke dalam tong sampah sahaja. Berbeza dengan g-shock original. Walau pun rosak, ia boleh di repair kembali di pusat service jam g-shock!


5.  TIADA JAMINAN AIR . G-shock original di beri jaminan air sedalam 200 meter air. Ini bermakna, anda boleh bawa jam original ini menyelam ke dasar lautan sedalam 200 meter. 

6. TALI JAM MUDAH ROSAK. Jam g-shock original, kebanyakan tali jam di buat dari RESIN atau getah keras yang berteknolgi tinggi yang boleh mencapai ketahanan minimum 5 tahun pakai secara lasak. Itu belum termasuk model g-shock yang di pasang dengan TALI CARBON FIBER yang lebih tahan lagi dari model yang biasa. jam copy atau fake, tali nya mudah rosak. Kebiasanya , bile dah pakai secara lasak 1 tahun, simpton kerosakan itu akan nampak secara jelas.

7. FUNGSI JAM TIASA GUNA LANGSUNG. Model g-shock yang mempunyai fungsi seperti TIDE GRAPH..MOON PHASE atau DIGITAL COMPASS, ia pasti berfungsi dengan baik. Adapun, jam-jam copy atau fake, ia hanya perhiasan semata mata. Hanya untuk nampak cantik sahaja. Ia langsung tiada fungsi!


Itu lah 7 keburukan jika anda memiliki jam copy berbanding dengan g-shock original. Ini hanya pendangan saya sebagai pengguna, pemakai dan penjual jam g-shock. Padangan ini taida kaitan dengan sesiapa pun, yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. 

Yang baik, ambil lah. Yang buruk, abaikan lah! 

Peace yoo! 

Apih 
013-2449295
 

1 comment:

  1. Nak tanya sikit, kenapa warranty card g shock bleh beli kat shopee.? Kmi ni takut juga dapat jam g shock yg fake tapi ada pulak warranty card. Bkn ke warranty card tu ble dapati di kedai casio g shok sahaja?

    ReplyDelete