Sunday 23 September 2018

Beli G-SHOCK DW-6930A-4 Hanya RM399 DI LAZADA..Murah Ke? Tak..Anda Memang Kena Kencing!


Ini bukan sekali saya dapat aduan dari pembeli jam di LAZADA. Sudah banyak kali kes beli jam g-shock yang FAKE tapi di jual dengan harga original oleh sesetengah penjual jam di LAZADA. Bayangkan lah jam FAKE yang biasa di jual RM100 di jual RM399 dengan di beri jaminan 1 tahun. Sungguh tidak bertanggungjawab dan tidak amanah.

Kali ini, kes seoarang pembeli jam di LAZADA. Dia ada beli jam g-shock model DW-6930A-4 Limited Edition pada harga RM399 di LAZADA. Bila jam dah sampai di tangan, dia tidak berpuas hati dengan keadaan jam kerana jam yang di beli tidak sama dengan model ORIGINAL yang dia lihat di YOUTUBE. Akhirnya, dia call saya untuk kepastian. Setelah saya mendengr tentang ciri-ciri jam yang di beritahu oleh pembeli LAZADA itu tadi, memang sah jam itu adalah jam FAKE atau COPY 1:1. 



Untuk info anda, model DW-6930A-4 adalah model Limited Edition 30th Anniversary G-Shock yang release pada tahun 2013. Harga asal jam ini di keluar kan adalah RM615 pada waktu itu. Saya sempat jual 3-5 biji model ini. Dan pada hari ini, anda tidak lagi akan dapat jam ini pada harga RM615 lagi. Nak percaya atau tidak, terserah. Apabila ade seller menjual jam  model ini pada harga RM399, memang sah ia adalah model FAKE. Saya berani jamin. Harga pasaran pada hari ini adalah RM1000-RM1200 jika jam NOS ( NEW OLD STOCK ) yang cantik dan tidak pernah di pakai. 



Jadi, saya harap anda semua berhati-hati lah dengan membuat pembelian online khasnya di LAZADA kerana banyak kes penipuan ini berlaku. Bagi yang tidak hati-hati, mereka pasti terkena kerana banyak model-model baru FAKE hampir sama dengan yang original. Jika tidak di amati betul-betul, anda tidak dapat nak beza kan mana yang original dan mana yang fake. Tidak semua jam di lazada itu fake, tetapi memang ada yang jual fake pada harga yang original!

Nota: Gambar jam di atas adalah HAK MILIK "
Watch-Tanaka.Com". 

-------------------------------------------------------------------------------

Nak tengok LATEST MODEL G-SHOCK?


Klik link di bawah!

---------------------------------------------------------------------------------

2 comments:

  1. Saya peminat jam tangan gshock. Baru je lepas riki² kt shoppe. Tp masih ragui keaslian nya.mcm mana nak hbgi saudara ye?

    ReplyDelete